Thursday, 8 December 2011

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4.

Mata pelajaran                : Pendidikan Islam
Tarikh                              : 14 November 2011.
Hari                                  : Isnin
Masa                               : 12.45-1.15 ( 30 minit )
Kelas                               : 4 Cemerlang
Tajuk                               : Adab dan Akhlak
Sub. Tajuk                       : Adab makan di majlis keramaian.
Hasil pembelajaran         : Di akhir pengajaran, murid dapat :
1.       menyebut adab-adab makan di majlis keramaian.
2.       Membuat tunjuk cara makan di majlis keramaian.
3.       Menjelaskan adab – adab makan di majlis keramaian.
Nilai                                 : Bersopan, bersabar, bersyukur.

KBKK                              : Menaakul

Alat Bantu Mengajar        : Bahan-bahan maujud ( pinggan, sudu, garpu, makanan dan 
                                          minuman, alatan basuh tangan, alas kain, kertas manila dan 
                                          pen maker).    

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menghadiri dan makan di majlis keramaian 
                                        seperti majlis kenduri kahwin.
                                   

Perkembangan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Langkah  / Masa / Isi pengajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


ABM /
Nilai /
KBKK
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)


1. Guru memberi salam kepada murid dan meminta murid membaca doa belajar

2. Guru bertanya kepada murid tentang benda yang ada dalam bekas yang di bawa dan menyuruh murid meneka.

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


  1. Murid bangun dan menjawab salam guru dan membaca doa belajar.


  1. Murid meneka dan memberi jawapan yang betul.


  1. Murid bersedia untuk mempelajari tajuk pada hari tersebut.
  

ABM :
1.bekas tuperware dan makanan

Nilai :
Bersopan

KBKK :
Menaakul


Langkah 1
(5 minit )



1.Guru memberikan penerangan tentang adab makan di majlis keramaian.

2.Guru bertanya tentang pengalaman murid menghadiri majlis keramaian



1.Murid memberi perhatian dan mendengar penerangan guru.


2.Murid memberi jawapan mengikut pengalaman masing-masing.


ABM :
Kertas Manila

Nilai: Bersopan

KBKK:
Menaakul


Langkah 2
(10 minit)


1.Guru menerangkan tunjuk cara  adab- adab makan di majlis keramaian.



2.Guru meminta murid-murid melakukan tunjuk cara dan adab-adab di majlis keramaian.

. 


1.Murid mendengar dan mengikut tunjuk cara guru melakukan adab makan di majlis keramaian.



2.Murid menunjukkan cara makan dan adab yang betul dalam majlis keramaian.



ABM :
1.makanan
2.minuman
3. pinggan, sudu, garpu, alas meja dan set basuh tangan.

Nilai :
Bersyukur

KBKK:
Menaakul

 Langkah 3
( 5 minit )

1. Guru meminta murid membentuk kumpulan dan menjelaskan  semula adab- adab makan di majlis keramaian dengan menulis adab –adab makan di majlis keramaian.

2. Guru meminta wakil kumpulan menerangkan tentang adab-adab makan di majlis keramaian.



1. Murid membentuk kumpulan dan berbincang dalam kumpulan dan menulis jawapan.



2. Wakil kumpulan memberi jawapan.



ABM:
Kertas Manila,
Pen maker.

Nilai:
Tekun/Bekerjasama

KBKK:
Koperatif


Penutup
( 5 minit )

1.Guru membaca soalan kuiz kepada murid. (Lampiran)

2. Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah di pelajari.


1. Murid menjawab soalan kuiz secara individu.

2. Murid mendengar  rumusan oleh guru.

Nilai:
Taat

KBKK:
Menaakul

                                                                                                                       
(Sila lihat Video Pengajaran)

Refleksi:
Setelah pengajaran & pembelajaran dijalankan saya dapati murid dapat mengaplikasikan penerangan saya tentang adab makan dan murid dapat menunjukkan cara dan adab makan semasa di majlis keramaian. Maklumat tentang adab-adab makan di majlis saya telah tulis di kertas manila. Pada pandangan murid nampak dengan jelas tetapi dari pandangan jauh tidak jelas. Sepatutnya saya menggunakan kertas majong ataupun menggunakan slaid. Ini merupakan kesilapan saya dan saya berharap kesilapan ini saya tidak ulangi lagi. Kesimpulannya murid dapat mempelajari tajuk pelajaran pada hari ini.


RUJUKAN
Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4 Jilid 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Modul RPH Pendidikan Islam Tahun 4 JPN Kedah
Sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/dowload.html

 Nota:
  • Adab makan di majlis keramaian.
  • Contoh: majlis perkahwinan, majlis kenduri doa selamat, majlis ulangtahun, jamauan makan malam dan majlis hari lahir.
  • Adab-adab sewaktu makan:

  1. Ambil makanan mengikut giliran.
  2. Tidak berebut.
  3. Ambil makanan sekadar perlu.
  4. Gunakan peralatan yang disediakan seperti sudu, garpu dengan betul dan cermat.
  5. Duduk dengan tenang di tempat yang di sediakan.
  6. Mulakan makan dan minum dengan membaca Bismillah dan doa makan.
  7. Beramah mesra sesama tetamu di meja makan.
  8. Jangan bermain ketika makan.
  9. Duduk dengan sopan.
  10. Membasuh tangan sebelum makan.
  11. Dahulukan yang tua mengambil makanan.
  12. Ambil makanan yang berhampiran.
  13. Tidak gelojoh
  14. Mendoakan keberkatan kepada orang yang memberi makan.


SOALAN KUIZ
  1. Sebelum makan, kita hendaklah membaca doa.       
  1. Sebutkan SATU  contoh majlis keramaian.
      Kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, majlis ulangtahun kelahiran, kenduri doa selamat

Jawab BETUL atau SALAH.
  1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua. (BETUL)
  2. Kita hendaklah berebut-rebut ketika mengambil makan.(SALAH)
  3. Selepas makan, kita hendaklah pergi bermain.(SALAH)
  4. Semasa makan, kita hendaklah beramah mesra dengan tetamu. (BETUL)
  5. Selepas makan kita hendaklah membasuh tangan (BETUL)
  6. Kita hendaklah beratur ketika mengambil makanan (BETUL)
  7. Kita hendaklah mendoakan keberkatan kepada orang yang memberi makan (BETUL)
  8. Kita hendaklah menggunakan peralatan seperti pinggan dan mangkuk dengan baik (BETUL)

No comments:

Post a Comment